awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat tarawih, Bazar Ramadan dibenarkan di Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
24/03/2021
02:32 MYT
Solat tarawih, Bazar Ramadan dibenarkan di Kelantan
SOP solat tarawih dan jumlah yang dibenarkan akan dimaklumkan selepas jawatankuasa MKN Kelantan bermesyuarat. - Foto fail
KOTA BHARU: Solat tarawih dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau seluruh Kelantan selepas mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Program tahunan kerajaan dalam meraikan bulan Ramadan, Madinatul Ramadan juga akan diadakan.
Bagaimanapun menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin, standard prosedur operasi (SOP) solat tarawih dan jumlah yang dibenarkan akan dimaklumkan kemudian selepas jawatankuasa MKN Kelantan bermesyuarat.
“Setakat hari ini solat tarawih berjemaah dibenarkan serta Program Madinatul Ramadan dengan pematuhan SOP kecuali kalau ada perkara di luar kawalan.
“Program Madinatul Ramadan ini akan dijalankan di dataran stadium dengan SOP penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka yang ketat.
“Operasi Bazar Ramadan juga dibenarkan dan SOP pelaksanaannya akan ditetapkan dalam mesyuarat MKN nanti,” katanya pada Rabu.
Kerajaan akan merangka SOP sesuai kepada peniaga Bazar Ramadan sebelum kebenaran diberikan.
Sambutan bulan Ramadan di Kelantan sebelum penularan wabak COVID-19 meriah dengan Bazar Ramadan di serata daerah dan masjid serta surau hidup sepanjang malam.
Bagaimanapun suasana berkenaan muram dan sepi pada tahun lepas sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#tarawih
#Kelantan
#SOP
#COVID-19
#Bazar Ramadan
#Izani Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan