awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
MALAYSIA
SMART jadi mentor SAR Rusia, satu penghormatan kepada negara - NADMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

Sony bayar £1 bilion beli hak penerbitan lagu Queen

Amanz
Amanz
22/06/2024
10:30 MYT
Sony bayar £1 bilion beli hak penerbitan lagu Queen
Kumpulan Queen masih lagi mempunyai 52.6 juta pendengar aktif bulanan di Spotify walaupun penyanyi asal Freddie Mercury telah meninggal dunia pada tahun 1991. -Amanz
SONY dilaporkan bersetuju membayar £1 billion kepada ahli kumpulan Queen untuk membeli hak katalog dan penerbitan lagu kumpulan tersebut.
Ini ialah bayaran yang tertinggi di dunia pernah dilakukan untuk hak penerbitan lagu yang dipegang oleh artis rakaman.
Kumpulan Queen masih lagi mempunyai 52.6 juta pendengar aktif bulanan di Spotify walaupun penyanyi asal Freddie Mercury telah meninggal dunia pada tahun 1991.
Album terakhir pula diterbitkan pada tahun 1995. Sungguhpun begitu populariti Queen masih lagi tinggi dibantu oleh sambutan luar biasa filem biografi Bohemian Rhapsody pada tahun 2018.
Sekiranya pembelian dimuktamadkan, Sony turut memegang hak imej Queen yang boleh dikomersialkan oleh mereka.
Sebelum ini, artis seperti Bruce Springsteen menjual katalog beliau pada harga $500 juta sementara Bob Dylan pula dibayar $300 juta. -Amanz
Topic Berkaitan
#Spotify
#Sony
#Queen
#beli hak katalog dan penerbitan lagu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami