KUALA LUMPUR: Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin atau 'as soon as possible' mengundang pelbagai tafsiran.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li, berkata ada pihak yang berpendapat, ungkapan itu dalam bahasa Inggeris membawa erti 'it is like yesterday' atau 'semalam'.
"Banyak pihak memberi pelbagai tafsiran kepada ungkapan ini. Ada yang berkata dalam Bahasa Inggeris, it means “it is like yesterday” atau 'semalam'," katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya menerusi kenyataan sama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan.
"Perdana Menteri tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan sebab Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perkara 55 itu, bertanggungjawab memanggil Parlimen dalam masa enam bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas.
"Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan dan sumpah
jawatan," tambah beliau.
Terdahulu, pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara itu perlu dilaksanakan bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Astro Awani
Thu Jun 17 2021
Menurut Tengku Razaleigh, Perdana Menteri tidak boleh menasihati Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan. - Gambar fail
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
Langkah jadikan Malaysia mesra pelabur, RCI TH tumpuan Parlimen hari ini
Selesai sesi soal jawab lisan, dijangka Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12
Polis siasat laporan mengenai kenyataan Takiyuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata setiap aduan dan laporan polis yang diterima akan disiasat dengan teliti tanpa mengira darjat.
[LAPOR LANGSUNG] Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Timbalan Speaker cadang penubuhan 'kerajaan darurat'
'Kerajaan darurat' tidak semestinya dianggotai ahli politik sebaliknya jawatan dalam kerajaan itu boleh diisi individu berkelayakan.
Pas kemuka usul undi percaya terhadap PM di Parlimen Julai ini - Takiyuddin
Pas amat yakin usul ini akan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen apabila dibentangkan nanti.