PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk hari kedua dalam fasa keempat, menyaksikan kerajaan terus berusaha keras untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Hari ini, rakyat bakal mengetahui prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan operasi taman asuhan kanak-kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) sepanjang PKP keempat yang bermula 29 April hingga 12 Mei.
Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perkara berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini.
Selain isu berkenaan, Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa pada mesyuarat yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan membincangkan SOP berkaitan ibadah sepanjang bulan Ramadan ini selain nasib penganjuran aktiviti sukan seperti Liga Malaysia (Liga M).
PKP fasa keempat turut memperlihatkan kelonggaran yang diberi kerajaan dengan membenarkan dua individu dari rumah yang sama dan keluarga terdekat, bergerak dalam satu kenderaan untuk keluar membeli makanan dan barang keperluan harian.
Sebelum ini, hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan bergerak untuk membeli makanan dan barang keperluan harian.
Kelonggaran SOP fasa keempat juga menyaksikan kerajaan membenarkan pergerakan melebihi 10 kilometer (km) untuk mendapatkan barang keperluan serta perkhidmatan kesihatan dan perubatan, jika keperluan dan perkhidmatan itu tidak terdapat dalam radius 10km dari kediaman mereka.
Pada masa sama, Ismail Sabri turut menegaskan bahawa tiada istilah hukuman dua darjat bagi mereka yang melanggar PKP kerana kerajaan sentiasa bersikap adil dan tindakan undang-undang yang diambil adalah mengikut tuduhan dikenakan.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menitikberatkan garis panduan yang ditetapkan sebelum ini ke atas mana-mana sektor, susulan beberapa sektor ekonomi sudah mula beroperasi pada fasa keempat PKP.
Sama ada taska, restoran atau institusi berkaitan ekonomi sekalipun, mereka perlu mengutamakan garis panduan yang ditetapkan dan perkembangan ini akan dipantau KKM sebelum membenarkan sektor lain seperti pendidikan dan sosial pula dibuka untuk beroperasi.
KKM sudah boleh mendabik dada kerana negara mencatatkan kes positif COVID-19 terendah sejak PKP dilaksana pada 18 Mac, dengan 22 kes sahaja dilapor.
Bagaimanapun, susulan terdapat 72 kes import membabitkan warganegara dan pelajar pulang dari Indonesia, ia terus mencecah kepada 94 kes secara keseluruhan.
Rakyat juga boleh berasa lega kerana tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dengan kekal 100 kes, selain terdapat 55 kes telah pulih dan dibenarkan discaj semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya ialah 4,087 kes.
Jika kita ingin statistik berkaitan COVID-19 terus menurun, pastinya pilihan terletak di tangan kita untuk terus mematuhi arahan PKP. Kalau bukan kita, siapa lagi? - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 30 2020
SOP mengenai pembukaan TASKA dan TADIKA ketika PKP fasa keempat akan diketahui hari ini. Gambar hiasan/ Bernama
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.