awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP penyelenggaraan kemudahan sukan sekolah ditingkatkan - Fadhlina

Bernama
Bernama
30/09/2023
10:50 MYT
SOP penyelenggaraan kemudahan sukan sekolah ditingkatkan - Fadhlina
FADHLINA: SOP penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan memastikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah serta pihak sekolah memantau seluruh infrastruktur sukan dan padang sekolah berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan para pelajar.
"Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan para pelajar untuk sentiasa waspada ketika melakukan aktiviti di luar kelas," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
Dalam masa sama, Fadhlina mengucapkan takziah kepada keluarga seorang murid berusia 11 tahun yang meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St. Anthony, di Bintulu, Sarawak, semalam.
"Saya memberi jaminan, KPM menerusi JPN akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa," katanya.
Fadhlina turut berkata KPM akan memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan insiden itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan
#penyelenggaraan kemudahan sukan sekolah
#sifar kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan