awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP pergerakan pulang pelajar dari asrama diumum dalam masa terdekat - Radzi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/04/2021
09:35 MYT
SOP pergerakan pulang pelajar dari asrama diumum dalam masa terdekat - Radzi
Mengenai penggunaan telefon bimbit di sekolah berasrama pula, Radzi berkata kementerian membenarkan pelajar menggunakan peranti tersebut secara terkawal melibatkan kes-kes tertentu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pergerakan pulang pelajar asrama ke kediaman masing-masing dalam masa terdekat.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, perkara itu diambil kira memandangkan aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan.
"Pergerakan murid-murid asrama kembali ke rumah masing-masing, yakni kita akan maklumkan SOP lengkap dalam masa terdekat," katanya ringkas dalam sesi sidang media khas, di sini hari ini.
Sementara itu mengenai penggunaan telefon bimbit di sekolah berasrama pula, Radzi berkata kementerian membenarkan pelajar menggunakan peranti tersebut secara terkawal melibatkan kes-kes tertentu.
"Begitu juga di sekolah-sekolah sekiranya berlaku jangkitan di sekolah tersebut, ada ibu bapa yang ingin mendapat khabar daripada anak-anak mereka.
"Dalam konteks tersebut juga kita benarkan pengguna telefon bimbit secara terkawal yang mana proses dan prosedurnya ditetapkan di peringkat sekolah," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#SOP
#Penggunaan telefon bimbit
#pelajar asrama
#Radzi Jidin
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#KPM
#rentas negeri
#pulang ke rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan