KOTA BHARU:Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berhubung penjarakan fizikal satu meter dalam solat berjemaah di masjid, bukan sahaja ditetapkan selepas mengambil kira pandangan semua pihak, malah ia juga diamalkan di seluruh dunia.
Justeru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, apabila kerajaan sudah membuat satu keputusan maka rakyat sewajarnya mematuhi serta mengikut pelaksanaan tersebut.
"Apa pun perbahasan yang dibuat, apa pun tajuknya dan pendirian panelnya, tetapi dalam konteks negara yang perlu kita patuhi ialah ketaatan kepada kepimpinan. Ulul amri ini sudah pun buat keputusan (berkaitan SOP) dan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.
"Jika semua orang nak pakai banyak pandangan, akan ada banyak corak dan cara solat jemaah di masjid seperti ada yang dekat, yang jauh dan lebih jauh. Jadi kerajaan buat keputusan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
"Termasuk kepakaran dalam bidang perubatan, dalam soal kehidupan sosial masyarakat, jadi sudah diadunkan sehingga keluar satu SOP yang memerlukan kita ikut dan patuh," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Purnama di Pengkalan Chepa dekat sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas program dialog bertajuk 'Jarak Saf dalam mendepani COVID-19: Tuntutan Agama atau Pemahaman Songsang', yang menampilkan Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Rozaimi Ramli dan pendakwah bebas Mohib Khouli Nazem.
Dialog pada Jumaat lalu itu antaranya membincangkan isu berkaitan keperluan menjarakkan saf solat jemaah, ketika negara masih berdepan pandemik COVID-19.
Ahmad Marzuk berkata, dialog yang dianjurkan itu sangat perlu bagi mencerakinkan lagi ilmu berkaitan dengan isu-isu agama, namun dialog tersebut lebih membabitkan perbezaan pandangan dalam sudut keharusan serta kewajaran menjarakkan saf dalam solat.
"Itu dibolehkan, sesiapa pun nak buat perbahasan secara ilmiah, beradab dalam suasana terkawal. Cuma pesan saya kepada netizen, ikutlah adab seperti mana pembahas-pembahas berkenaan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021
Pelaksanaan SOP berhubung penjarakan fizikal satu meter dalam solat berjemaah di masjid, bukan sahaja ditetapkan selepas mengambil kira pandangan semua pihak, malah ia juga diamalkan di seluruh dunia. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Guna nama Kementerian Komunikasi untuk memperdaya
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
SOP solat berjemaah ambil kira pandangan semua pihak
Pelaksanaan SOP berhubung penjarakan fizikal satu meter dalam solat berjemaah di masjid, bukan sahaja ditetapkan selepas mengambil kira pandangan semua pihak, malah ia juga diamalkan di seluruh dunia.