Prosedur operasi standard (SOP) di taman asuhan kanak-kanak (taska) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata penjelasan mengenai pelaksanaan SOP taska akan dihuraikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian COVID-19 pada Isnin.
"Saya telah pun berhubung dengan KKM dan mereka akan membuat penjelasan kerana ia (SOP) disediakan melalui perbincangan bersama antara KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan KKM. Kita telah merujuk semula dengan KKM dan dimaklumkan bahawa pihak Ketua Pengarah Kesihatan akan menjelaskan perkara ini dalam laporan harian beliau.
"SOP (taska) itu tidak akan dikeluarkan tanpa nasihat dan rujukan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana ini melibatkan isu keselamatan dan kesihatan awam," katanya ketika ditemui semasa membuat kunjungan ke Wisma Bernama pada Isnin.
Rina berkata dalam usaha negara memerangi COVID-19 dan memutuskan rantaian penularan wabak, setiap SOP yang digariskan adalah berpandukan nasihat pakar, khususnya pihak KKM.
"Kita hargai pengorbanan mereka dan tidak ada diskriminasi. Petugas JKM juga adalah sebahagian daripada barisan hadapan. Namun, saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan," katanya, menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menganggap SOP berkenaan adalah satu bentuk 'diskriminasi' kepada anak-anak petugas barisan hadapan.
Media sebelum ini melaporkan terdapat permintaan daripada golongan pakar pediatrik supaya SOP taska yang dikemas kini itu dibatalkan kerana ia dillihat sebagai satu bentuk 'diskriminasi' apabila anak-anak petugas barisan hadapan kekal berada di rumah atau sekiranya dihantar ke taska, perlu 'diasingkan' daripada kanak-kanak lain.
Terdahulu, Rina, yang merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau lebih dekat dan beramah mesra dengan petugas-petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang bertugas semasa hari raya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 25 2020
Rina berkata setiap SOP yang digariskan adalah berpandukan nasihat KKM. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.