Taktik seorang lelaki menyembunyikan dadah di dalam seluar dalam yang dipakainya untuk mengaburi mata polis tidak menjadi apabila dia dan seorang lagi rakannya ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Mas, di sini pada Jumaat.
Dalam serbuan jam 12.30 malam itu, kedua-dua suspek berusia 28 dan 30 tahun berada di ruang tamu rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, pemeriksaan lanjut ke atas suspek pertama iaitu berumur 28 tahun menjumpai 516 biji dadah jenis pil ‘Yaba’ seberat 50.5 gram bernilai RM5,160 di dalam seluar dalam yang dipakainya.
Suspek kini direman selama 7 hari hingga Khamis ini.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan pada malam semalam, tiga lelaki ditahan bersama 55.73 gram dadah disyaki jenis heroin di Kampung Sungai Budor, di sini.
Ketika diserbu, ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 44 tahun sedang leka membungkus dadah berkenaan di ruang tamu rumah yang disewa oleh salah seorang dari suspek.
Pemeriksaan lanjut menemui tujuh botol plastik cerah bertudung kuning berisi serbuk putih dan lapan tiub ‘straw’ cerah berjalur kuning setiap satu berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin.
Kesemua dadah dianggarkan bernilai RM14,080.
Kedua-dua kes disiasat di bawah seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Muhafandi Muhamad
Tue Sep 03 2019

Pemeriksaan lanjut ke atas suspek pertama iaitu berumur 28 tahun menjumpai 516 biji dadah jenis pil 'yaba' seberat 50.5 gram bernilai RM5,160 di dalam seluar dalam yang dipakainya. - Foto Astro AWANI

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

Sindiket pengedaran dadah antarabangsa guna krayon tumpas
Polis berjaya membongkar sindiket tersebut yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas untuk pasaran dadah luar negara.

ADUN Pasir Berdamar Terence Naidu hantar representasi gugur pertuduhan salah guna dadah
ADUN Pasir Bedamar itu mendakwa pertuduhan yang dibuat ke atasnya tidak berasaskan bukti yang kukuh.

Lelaki Thai guna taktik bawa anak, cuba seludup 48,000 biji pil yaba
Suspek bersama anaknya ditahan dalam sebuah kereta jenis Toyota Avanza di Kuala Krai bersama pil yaba dianggarkan bernilai RM480,000.

Polis rampas 10.4 kilogram syabu dalam serbuan di Tuaran
Susulan itu polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Anggota polis lepas tuduhan miliki dadah
Pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pendakwaan.

Dua pengedar dadah dicekup, kereta terbabas di kawasan banjir
Polis terpaksa bertindak melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang digunakan oleh dua pengedar dadah, selepas cubaan mereka untuk merempuh polis.

Kes tembak di Bukit Bintang: Polis selesai tahan semua suspek
Polis mengesahkan kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam kes tembak mati seorang lelaki tempatan di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, 3 Mei lalu telah selesai ditahan.

Pemandu bas ekspres ditahan positif dadah
Lelaki berkenaan sepatutnya membawa bas ekspres dari Melaka ke Kedah dan jadual perjalanan bas tersebut adalah pada 10 malam tadi.

Dua lelaki sorok 408.26 gram dadah dalam kereta dicekup
Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 31 tahun ltu ditahan dalam sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di susur masuk Tol Kuala Terengganu.

Korban wang, masa dan tenaga demi wujudkan peluang kedua buat bekas banduan, penagih dadah
Cabaran membantu mereka pastinya berbeza, banyak ceritanya namun ada yang sanggup menyahut cabaran demi kehidupan lebih baik buat mereka yang pernah terkhilaf.