awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu

Bernama
Bernama
15/02/2025
08:00 MYT
Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam akta tersebut. - Gambar/ Bernama
GEORGE TOWN: Prinsip keadilan dalam keseimbangan antara kewajipan mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam dengan menghormati hak asasi individu akan menjadi fokus pembentangan kenyataan menteri berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam akta tersebut namun terdapat juga kewajaran mengguna pakai seksyen terbabit khusus bagi jenayah terancang dan keganasan yang ekstrem.
Beliau akan membentangkan Kenyataan Menteri itu berhubung hala tuju Sosma daripada perspektif keputusan kerajaan termasuk meneliti semula seksyen-seksyen yang termaktub dalam akta berkenaan di Parlimen pada minggu depan.
"Seksyen-seksyen yang dianggap sebagai barangkali sudah sampai masanya untuk kerajaan teliti balik secara khususnya Seksyen 13 yang berkaitan dengan kesalahan yang boleh diikat jamin dan tidak boleh diikat jamin.
"Semalam Jemaah Menteri perhalusi aspek mana misalnya Sosma ini digunakan dalam kes-kes jenayah terancang ataupun gangsterisme yang tahap ekstrem dan keselamatan, Sosma adalah undang undang yang sesuai untuk digunakan bagi menghadapi keadaan itu. Ini bukannya jenayah biasa," katanya selepas menghadiri Sambutan Dua Dekad Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (2DMM) di Persiaran Karpal Singh di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan bersedia untuk menilai dan menyesuaikan Sosma dengan keperluan semasa serta memaklumkan sepanjang dua tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pakar keselamatan dan organisasi berkaitan, berhubung akta itu.
Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan MADANI memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Sosma diteliti dan disemak semula bagi menambah baik akta berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOSMA
#Kerajaan Madani
#KDN
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan