awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spa kecantikan tawar ujian saringan COVID-19 diserbu

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
30/08/2021
09:33 MYT
Spa kecantikan tawar ujian saringan COVID-19 diserbu
Petugas CKAPS merampas peralatan yang digunakan untuk ujian saringan COVID-19 di spa berkenaan. - Gambar/ CKAPS
GEORGE TOWN: Padah mengendalikan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 secara haram, sebuah pusat kecantikan di Batu Uban, di sini diserbu Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).
Premis itu kemudian diarah tutup serta-merta selepas serbuan jam 11 pagi Isnin.
Ketua Penolong Pengarah Kesihatan CKAPS Pulau Pinang, Dr Mohamed Iqbal Hamzah berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Hasil siasatan awal pihaknya mendapati pemilik pusat kecantikan itu menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 tanpa pengendalian pihak bertauliah.
Dr Mohamed Iqbal berkata, pemeriksan mendapati premis itu baru memulakan operasinya sejak dua hari lepas dan difahamkan lebih 100 pelanggan sudah melakukan ujian saringan di lokasi berkenaan.
"Semasa serbuan dilakukan, kita mendapati pekerja pusat kecantikan itu yang melakukan ujian saringan kepada pelanggan tanpa kehadiran doktor mahupun jururawat.
"Kita tidak menolak kemungkinan faktor harga rendah iaitu sekitar RM50 bagi setiap ujian saringan COVID-19 menyebabkan premis tersebut menjadi pilihan ramai pelanggan,” katanya di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kegiatan pemilik spa berkenaan yang sepatutnya tidak mendapat kebenaran beroperasi ketika ini.
Dalam pada itu, Dr Mohamed Iqbal menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mendapatkan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 yang lebih murah berbanding klinik kerana dibimbangi dikendalikan pihak tidak bertauliah.
Topic Berkaitan
#spa kecantikan
#ujian COVID-19
#pulau pinang
#CKAPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan