awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spa, pusat refleksologi mulakan petisyen untuk dibenar beroperasi

Bernama
Bernama
21/01/2021
08:39 MYT
Spa, pusat refleksologi mulakan petisyen untuk dibenar beroperasi
Berdasarkan petisyen itu, kumpulan berkenaan meminta untuk dilayan dengan adil. - Gambar hiasan/ AFP Relax
KUCHING:Pemilik spa, pusat refleksologi dan pusat perapian kesihatan di Sarawak merayu kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) agar membenarkan mereka beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di negeri ini sehingga 31 Jan.
Berdasarkan petisyen dalam talian di bawah pemegang akaun Mary Then di Change.org, kumpulan itu meminta untuk dilayan dengan adil.
"Kami, pemilik spa, pusat refleksologi dan pusat perapian kesihatan yang sah di Sarawak merayu dengan JPBN untuk menunjukkan belas kasihan dan pertimbangan yang adil bagi industri holistik kami," menurut petisyen itu.
Kumpulan itu berkata piagam pelanggan mereka sama seperti sektor fisio, salun kecantikan, perkhidmatan gunting rambut dan penjagaan kuku tangan dan kaki (yang melibatkan hubungan fizikal) namun sektor itu dibenar beroperasi seperti biasa di bawah PKPB.
"Kami tidak mahu dinilai secara tidak adil," menurut petisyen itu.
Topic Berkaitan
#PKP
#COVID-19
#Sarawak
#PKPB
#SPA
#rayuan
#dibenar beroperasi
#JBPN
#petisyen
#pusat refleksologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan