Pemandu bas ekspres dalam video viral yang menunjukkan perbuatannya memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan menghisap rokok, telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Menurut kenyataan SPAD, pegawai penguat kuasanya turut mengambil keterangan pengarah syarikat pengendali bas berkenaan hari ini.
"SPAD juga bertemu pengadu petang tadi bagi merakamkan keterangan rasmi. Rakaman video dan gambar yang diterima akan digunakan sebagai bahan bukti dalam siasatan," katanya.
Kenyataan itu juga menambah pemandu tersebut boleh dihukum denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika didapati membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya mengikut Seksyen 202 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD).
"Bagi kesalahan merokok dalam kenderaan awam darat pula, pemandu boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 203 APAD dan hukuman yang boleh dikenakan ialah denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali," tambah kenyataan itu.
SPAD juga berkata pengendali bas pula boleh dihukum mengikut Seksyen 22 dan 23 APAD atas kesalahan mengingkari syarat lesen mengenai keselamatan yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM500,000, atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya.
Klip rakaman video itu dirakamkan seorang penumpang bas berkenaan menunjukkan pemandu terbabit menggunakan telefon bimbit dan merokok ketika bertugas. Ia kemudian dimuat naik ke laman sosial.
Bas itu dikatakan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur menuju ke Muar.-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016
Pemandu bas ekspres dalam video viral telah memberi keterangan kepada SPAD - Gambar fail
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
Komisen pada pemandu e-hailing tidak boleh lebih 20 peratus - Anthony Loke
Pihaknya mengesan ada syarikat yang menggunakan helah mengenakan komisen sehingga 25 peratus melebihi kadar ditetapkan iaitu 20 peratus.
Teksi, e-hailing bersaing sama rata pada Jun
Akta berkaitan perkhidmatan e-hailing yang bakal mewujudkan persaingan sama rata dalam kalangan pemandu akan diwartakan selewat-lewatnya pada Jun ini.
Pemeriksaan awam projek HSR KL-Singapura dibuka esok
Proses Pemeriksaan Awam bagi pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan dibuka kepada orang ramai selama tiga bulan bermula 1 Nov ini.
Pindaan Akta Kawal Selia Uber, Grab akan dibentang Julai
Nancy Shukri berkata pindaan akta itu bertujuan memastikan semua aspek operasi dan prosedur perkhidmatan itu berjalan lancar serta dapat dikawal selia oleh kerajaan.
SPAD ambil keterangan pemandu bas ekspres guna telefon, merokok
Pemandu bas ekspres dalam video viral yang menunjukkan perbuatannya memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan menghisap rokok, telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.