Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu bas ekspres yang didakwa memukul dua penumpang ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka yang viral di media sosial baru-baru ini.
Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar berkata tindakan termasuk membatalkan lesen memandu boleh dikenakan jika siasatan polis mendapati pemandu berkenaan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
''SPAD akan menunggu sehingga siasatan polis selesai sebelum tindakan seterusnya diambil.
''Kelakuan sedemikian tidak menggambarkan etika budaya Malaysia dan kita tidak akan berkompromi,'' katanya kepada media selepas melancarkan bas baharu di Terminal Amanjaya, Meru Raya di sini, hari ini.
Menurut beliau lagi, bentuk tindakan akan dibuat berdasarkan hasil siasatan polis dengan menggunakan peruntukan sedia ada sama ada mengambil tindakan terhadap pemandu atau syarikat pengusaha.
Pada 29 Januari lepas, seorang pemandu bas ekspres didakwa memukul dua penumpang kerana tidur di kerusi rehatnya semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka.
Mangsa yang berumur 35 dan 41 tahun itu dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sambutan Thaipusam.
Haron Shafie
Tue Feb 02 2016
SYED HAMID: Kelakuan sedemikian tidak menggambarkan etika budaya Malaysia dan kita tidak akan berkompromi. -Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas ekspres terlibat kemalangan meninggal dunia
Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta pada Jumaat lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) awal pagi Ahad.
Pemandu bas ekspres ditahan positif dadah
Lelaki berkenaan sepatutnya membawa bas ekspres dari Melaka ke Kedah dan jadual perjalanan bas tersebut adalah pada 10 malam tadi.
Bantuan RM500 sekali beri untuk pemandu bas ekspres
Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan secara sekali beri RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
SPAD mulakan tindakan undang-undang dalam kes pemandu bas pukul penumpang
Pengendali bas telah melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.
SPAD pandang serius kes pemandu bas pukul penumpang
Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar berkata tindakan termasuk membatalkan lesen memandu boleh dikenakan jika siasatan polis mendapati pemandu berkenaan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
15 pemandu bas didapati positif dadah
Seramai 15 daripada 1,986 pemandu bas ekspres didapati gagal dalam ujian saringan dadah yang dijalankan oleh JPJ setakat ini.