Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilihat terburu-buru semasa mencadangkan agar kerajaan memansuhkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) bagi pemandu teksi.
Penasihat dan Pengasas Syarikat Big Blue Capital, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, ia juga tidak memberi kesan dalam menyelesaikan sebarang masalah pemandu teksi dalam jangka masa panjang.
"Paling penting kini usaha memperbaik dan meningkatkan mutu perkhidmatan teksi. Cadangan memansuhkan PSV adalah cadangan salah besar. Ia sebenarnya harus dinaik taraf, ia masih lagi sama pada tahap sekarang.
"JPJ harus naik taraf PSV ini kerana ia di bawah seliaan jabatan itu dan bukan SPAD," katanya semasa sidang media di sini hari ini.
SPAD sebelum ini dilaporkan bakal memansuhkan pelaksanaan lesen PSV untuk pemandu teksi dan digantikan dengan sistem baharu bagi diseragamkan dengan perkhidmatan Uber dan Grabcar.
Sistem baharu itu bagi memastikan perkhidmatan teksi, Uber dan Grabcar dapat bersaing secara sihat dan memberi perkhidmatan paling efisien kepada penumpang.
Dalam pada itu kata Shamsubahrin, SPAD perlu sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam memastikan persefahaman dalam sebarang perkara baharu mengenai akta jalan raya.
Sebelum ini, SPAD dijangka membentangkan kertas kerja untuk membenarkan perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar beroperasi seperti pengusaha teksi biasa, yang akan dimuktamadkan akhir tahun ini.
Berdasarkan amalan sebelum ini, mereka yang berusia 21 tahun ke atas dan mempunyai lesen memandu perlu memohon lesen PSV daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memandu teksi atau bas.
Wan Syamsul Amly
Fri Jul 15 2016
SHAMSUBAHRIN: Cadangan memansuhkan PSV adalah cadangan salah besar. Ia sebenarnya harus dinaik taraf, ia masih lagi sama pada tahap sekarang. -Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Hina Gojek: Shamsubahrin adakan sidang media hari ini
Difahamkan sidang media tersebut akan berlangsung pada jam 12 tengah hari di Jalan Ampang.
Gojek didakwa bakal beri banyak kesan negatif
Katanya, kerajaan tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memperkenalkan pengangkutan terbaharu itu kerana kadar kesesakan jalan raya di Malaysia masih lagi terkawal.
Big Blue perkenalkan teksi elektrik Mei ini
Dalam membuat perubahan dalam industri teksi dan kereta sewa, Big Blue Capital Sdn Bhd bakal melancarkan kenderaan e-hailing elektrik yang pertama di dunia.
'Duit BR1M bukan untuk beli kereta' - Shamsubahrin
Penggunaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai wang pendahuluan bagi pembelian Proton Iriz dilihat hanya menambah hutang bagi pemandu perkongsian kenderaan.
Saingan Grab, Uber tidak harus jadi alasan pulangkan teksi
Pemandu teksi sebaliknya harus mempunyai semangat keusahawanan yang kental dalam menjana pendapatan.
SPAD terburu-buru cadang mansuh PSV - Shamsubahrin
Sistem baharu itu bagi memastikan perkhidmatan teksi, Uber dan Grabcar dapat bersaing secara sihat dan memberi perkhidmatan paling efisien kepada penumpang.
Pengendali teksi KLCC mohon injunksi halang operasi Uber, GrabCar
Shamsubahrin berkata tidak menjadi masalah jika Uber dan GrabCar memenuhi syarat yang ditetapkan SPAD bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah.