awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAN peroleh pensijilan sistem pengurusan bersepadu

Bernama
Bernama
02/09/2025
04:50 MYT
SPAN peroleh pensijilan sistem pengurusan bersepadu
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Bersepadu (IMS) yang merangkumi tiga piawaian antarabangsa.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Bersepadu (IMS) yang merangkumi tiga piawaian antarabangsa.
Pensijilan tersebut melibatkan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) dan ISO 27001:2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).
SPAN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tempoh pensijilan adalah untuk tiga tahun iaitu bermula 17 Mei lepas hingga 18 Mei 2028.
"Perolehan sijil ini bukan sahaja memberi manfaat kepada suruhanjaya malah turut memperkukuh keyakinan pihak yang dikawal selia serta pengguna perkhidmatan air terhadap komitmen SPAN mengekalkan standard tertinggi dalam pengurusan organisasi," menurut kenyataan itu.
SPAN memaklumkan, pelaksanaan IMS itu menjadi asas penting kepada usaha berterusan SPAN untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan keselamatan maklumat dikendalikan secara profesional serta beretika.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPAN
#Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
#Sistem Pengurusan Bersepadu
#IMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan