awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPCT akan jadi pangkalan dalam industri kapal persiaran - Loke

Bernama
Bernama
05/08/2023
21:15 MYT
SPCT akan jadi pangkalan dalam industri kapal persiaran - Loke
Loke berkata Pulau Pinang merupakan negeri berpotensi besar dalam sektor pelancongan, justeru pihaknya merancang untuk mempertingkatkan industri itu. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
GEORGE TOWN: Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk menjadikan Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) sebagai pangkalan dalam industri kapal persiaran sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang.
Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata Pulau Pinang merupakan negeri berpotensi besar dalam sektor pelancongan, justeru pihaknya merancang untuk mempertingkatkan industri itu.
Beliau berkata demikian selepas berkempen bersama calon Dewan Undangan Negeri Padang Kota Chow Kon Yeow di sini pada Sabtu.
Selain itu, Loke berkata perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang akan mula beroperasi pada Isnin depan yang menghubungkan antara Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU-Terminal Pelayaran Jeti Swettenham) dan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth.
Beliau berkata selain projek feri dan pembesaran LTAPP, projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang turut dilaksanakan, yang mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk direalisasikan.
"Semua perancangan itu akan dapat dilaksanakan dengan berjaya sekiranya Pulau Pinang kekal bersama Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PSAH
#SPCT
#sektor pelancongan
#industri kapal persiaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan