awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker DUN Kelantan serah notis kepada SPR

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/02/2015
12:00 MYT
Speaker DUN Kelantan serah notis kepada SPR
ABDULLAH: Saya menerima sijil kematian Allahyarham Nik Aziz daripada anggota keluarganya pada pukul 9 pagi tadi.
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berikutan kematian penyandangnya, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis, dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Ahad.
Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub berkata surat memaklumkan kekosongan kerusi DUN berkenaan bersama sijil kematian Allahyarham diserahkan kepada Pengarah SPR Negeri Kelantan, Mohamad Mahmud petang Ahad untuk dibawa kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau ditemui pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim pada Ahad petang.
Abdullah berkata beliau menerima sijil kematian Allahyarham Nik Aziz daripada anggota keluarganya pada pukul 9 pagi tadi.
Dalam tempoh 60 hari mulai Ahad pihak SPR akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil tersebut.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Nik Aziz (PAS) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.
Nik Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.
Ditanya mengenai pandangan peribadi Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa BN tidak perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu bagi memberi tumpuan membantu mangsa banjir dan pembangunan pasca banjir, Abdullah yang juga Anggota Jawatankuasa Perhubungan PAS Kelantan, menyambut baik pandangan Mustapa itu kerana ia menjimatkan perbelanjaan dan masa kedua-dua pihak.
Topic Berkaitan
#Abdullah Ya'kub
#DUN Chempaka
#Nik Abdul Aziz Nik Mat
#PAS
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan