KUALA LUMPUR: Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim di bangunan Parlimen, hari ini.
Menurut kenyataan yang dikongsikan Unit Komunikasi Korporat Parlimen, lawatan rasmi itu adalah usaha dalam meningkatkan serta mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye serta timbal balas atas jemputan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Sentop tiba di bangunan Parlimen pada 10 pagi dan mengadakan pertemuan dengan Azhar di Bilik Kunjung Hormat selama satu jam sebelum meneruskan sesi lawatan ke dewan persidangan Parlimen.
Beliau mengunjungi dewan persidangan itu pada 11.20 pagi semasa sesi persidangan Parlimen berlangsung yang dipengerusikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.
"Kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Prof Dr Mustafa Sentop dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran tuan ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran TYT dan delegasinya akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dan Turkiye," kata Rashid semasa memberi ucapan aluan menyambut kunjungan Speaker Parlimen Turkiye itu di Dewan Rakyat itu.
Kunjungan hormat Sentop diteruskan dengan sesi pertemuan bersama Rais di Bilik Kunjung Hormat dan beliau meninggalkan bangunan Parlimen pada kira-kira 12.30 tengah hari.
Semalam, pesawat khas membawa Sentop dan delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 11.50 malam dengan disambut Duta Turkiye di Malaysia Emir Salim Yuksel dan Mohd Rashid.
Dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia sehingga esok (5 Okt), Sentop dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Sentop tiba di bangunan Parlimen pada 10 pagi dan mengadakan pertemuan dengan Azhar di Bilik Kunjung Hormat selama satu jam sebelum meneruskan sesi lawatan ke dewan persidangan Parlimen. - Bernama
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Agong terima menghadap Speaker Turkiye Mustafa Sentop
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah menghadap Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop di Istana Negara hari ini.
Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Speaker Parlimen Turkiye Mustafa Sentop tiba untuk lawatan rasmi
Pesawat khas membawa Sentop dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 11.50 malam.