awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPM: Jangan khuatir proses peperiksaan baik, calon bergejala diasingkan - Dr Mistrine

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
02/03/2022
04:20 MYT
SPM: Jangan khuatir proses peperiksaan baik, calon bergejala diasingkan - Dr Mistrine
Sebahagian para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini. - Foto Bernama
TUARAN: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah optimis dalam menyediakan proses peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kondusif termasuk mengambil kira situasi semasa pandemik COVID 19.
Pengarahnya, Datuk Dr. Mistrine Radin berkata, ini termasuk mengasingkan calon-calon yang bergejala di bilik khas dengan serta-merta.
"Semua pusat peperiksaan, mempunyai bilik khas untuk mengasingkan murid yang bergejala, sebelum dihantar kepada kesihatan.
"Sementara, calon yang bergejala atau positif COVID-19 dan tidak dapat hadir ke peperiksaan boleh memohon untuk jadual kedua. Tarikh pengambilan semula peperiksaan belum dimuktamadkan tetapi dijangka pada bulan April," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas meninjau hari pertama peperiksaan itu di SMK Tamparuli, di Tuaran, pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga telah mengaktifkan Ops Payung sebagai persediaan berdepan sebarang bencana yang berlaku sepanjang tempoh peperiksaan berjalan.
Menurutnya, ia melibatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah dan agensi kerajaan lain.
"Kita ada Ops Payung, sekiranya berlaku banjir atau berlaku bencana alam yang lain. Selain itu, kita ada prosedur operasi standard (SOP) yang telah disebarkan kepada semua PPD dan sekolah," katanya.
Terdahulu, seramai 39,250 calon menduduki peperiksaan SPM 2021 di 315 pusat peperiksaan di seluruh negeri Sabah mulai hari ini sehingga 29 Mac depan.
Untuk calon sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah 35,266 calon selebihnya adalah agensi lain seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekolah agama dan sekolah swasta serta calon persendirian.
Topic Berkaitan
#pendidikan sabah
#SPM 2021
#peperiksaan semasa COVID-19
#Ops Payung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan