awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua

Bernama
Bernama
02/12/2023
20:30 MYT
SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa berkata perbincangan terarah kepada proses kelulusan untuk mendapatkan tanah milik kerajaan negeri bagi menjayakan projek berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) khusus untuk generasi kedua.
Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, perbincangan terarah kepada proses kelulusan untuk mendapatkan tanah milik kerajaan negeri bagi menjayakan projek berkenaan.
"Bagi RMR untuk generasi kedua ini, kita akan menambah baik lagi konsepnya meliputi keluasan rumah, pendapatan isi rumah termasuk pembayaran tanpa faedah sepertimana yang ditawarkan SPNB sebelum ini.
"Untuk melaksanakan rancangan ini, kita memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri atau pemilik tanah yang bersedia bekerjasama dengan SPNB untuk pembinaan RMR generasi kedua ini," katanya selepas menghadiri Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) peringkat Parlimen Tambun di Kolej Poly-Tech MARA, di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, program itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munim yang turut menyempurnakan sesi penyerahan kunci rumah serta surat tawaran RMR kepada 57 penerima di sekitar Parlimen Tambun.
Husam berkata, rancangan RMR untuk generasi kedua itu juga akan menggunakan sepenuhnya dana pusingan SPNB tanpa perlu membebankan kerajaan khususnya Kementerian Kewangan.
Sementara itu, Muhammad Kamil berkata, beliau optimis SPNB akan mengembangkan lagi usaha untuk memperbanyak pembinaan RMR bagi memastikan golongan B40 khususnya memiliki kediaman sendiri.
"Saya yakin lebih banyak usaha atau inisiatif yang akan dilaksanakan untuk kita meneroka peluang sekiranya ada kerjasama baik daripada kerajaan negeri seperti penyediaan tanah dan sebagainya.
"Ini juga antara pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat kelompok B40 memiliki sebuah kediaman idaman sendiri," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan B40
#SPNB
#Rumah Mesra Rakyat
#Husam Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan