PUTRAJAYA:Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kini diperluaskan kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pendaftaran perniagaan juga diberi percuma iaitu pengecualian fi pendaftaran kepada golongan sasar B40, yang ingin memulakan perniagaan dan belum pernah mendaftarkan perniagaan mereka.
Beliau berkata SPPP yang dilancarkan 23 Dis lepas, kini merangkumi semua bakal usahawan golongan B40 dan tidak lagi terhad kepada usahawan dalam kalangan belia, ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.
"Ini akan membolehkan mereka memperoleh akses kepada pelbagai dana dan pinjaman yang diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan, bagi kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam suasana sukar dan mencabar berikutan pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Syarat SPPP untuk usahawan golongan B40 ialah, mestilah pemegang MyKad/MyPr, berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan, mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bagi golongan B40, dan tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Nanta berkata sejak SPPP diperkenalkan, SSM telah meluluskan 1,066 permohonan daripada golongan pelajar, 830 permohonan daripada belia B40 dan 73 permohonan daripada ibu tunggal B40, menjadikan keseluruhan 1,969 usahawan telah mendapat manfaat daripadanya.
Beliau berkata, dengan perluasan golongan sasaran, SPPP itu dijangka membuka peluang kepada seramai 180,000 individu untuk menceburi bidang perniagaan dan SSM menyasarkan seramai 30,000 usahawan akan merebut tawaran itu, pada tahun ini.
Menurutnya, pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi RM30, bagi perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan, manakala perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred, menerima pengecualian fi RM60 dan pengecualian cetakan maklumat RM10.
"Kita sentiasa menekankan peri pentingnya kemudahan dalam menjalankan perniagaan dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan, yang mana SPPP adalah salah satu manifestasi kepada kedua-dua falsafah tersebut," katanya serta menambah langkah itu dilaksanakan khusus untuk membantu meringankan beban usahawan B40.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021
Nanta berkata, SPPP yang dilancarkan 23 Dis lepas, kini merangkumi semua bakal usahawan golongan B40 dan tidak lagi terhad kepada usahawan dalam kalangan belia, ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.