awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR adakan mesyuarat khas 6 Jun ini bincang tarikh PRK Sungai Bakap

Bernama
Bernama
27/05/2024
11:30 MYT
SPR adakan mesyuarat khas 6 Jun ini bincang tarikh PRK Sungai Bakap
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini berkata ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya Zamri Latiff pada 24 Mei lepas. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini berkata ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya Zamri Latiff pada 24 Mei lepas.
Beliau berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Bakap.
"Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR," katanya.
Ikmalrudin berkata satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu tamat.
Pada 24 Mei lepas, Nor Zamri, 56, dilaporkan meninggal dunia kira-kira 1.38 tengah hari ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan telah menerima rawatan di pusat perubatan itu sejak awal bulan ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPR
#Mesyuarat Khas
#PRK Sungai Bakap
#Ikmalrudin Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan