Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat penilaian semula sama ada tempoh berkempen selama 21 hari bagi sesuatu pilihan raya sesuai untuk terus dipraktikkan selepas ini.
Setiausahanya Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata SPR mendapat reaksi pelbagai untuk Pilihan Raya Kecil (PKR) berkembar Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia, selepas kedua-duanya diadakan serentak hari ini, buat pertama kali melalui tempoh kempen terpanjang dalam sejarah.
"Masa di PRK Sungai Kandis hari itu kita beri 14 hari, untuk kedua-dua PRK ini kita beri 21 hari dan kita akan buat penilaian untuk mencari satu jangka masa lebih sesuai.
"Ada yang kata PRK ini tidak perlu tempoh terlalu panjang, kita akan melihat semualah. Kita kena juga dapatkan maklum balas daripada calon dan parti yang bertanding, itu kita kena kaji lagi," katanya ketika ditemui semasa meninjau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Batu 11, Cheras antara pusat pengundian bagi PRK Balakong, pagi ini.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya 20 Julai lepas, menyaksikan persaingan dua penjuru antara calon PH Wong Siew Ki menentang calon MCA Tan Chee Teong.
Mengenai perjalanan kempen bagi kedua-dua PRK, Mohamed Elias berkata SPR tidak menerima sebarang laporan kesalahan atau pelanggaran undang-undang pilihan raya secara langsung oleh mana-mana pihak.
"Kita tahu melalui laporan akhbar, kes pemidang yang diturunkan di Balakong tetapi laporan rasmi kita tidak terima apa-apa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 08 2018
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.