awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR diundang sebagai pemerhati proses PRU di Thailand, Bangladesh

Bernama
Bernama
05/02/2026
14:08 MYT
SPR diundang sebagai pemerhati proses PRU di Thailand, Bangladesh
Penyertaan SPR dalam kedua-dua pilihan raya antarabangsa tersebut selaras dengan komitmen berterusan SPR dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa. - Sinar Harian
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima jemputan untuk membuat pemerhatian ke atas pelaksanaan pilihan raya umum (PRU) di Thailand dan Bangladesh yang akan berlangsung bulan ini.
Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata PRU Thailand akan diadakan pada 8 Feb manakala PRU Bangladesh dijadualkan pada 12 Feb.
Beliau berkata penyertaan suruhanjaya itu dalam kedua-dua pilihan raya antarabangsa tersebut selaras dengan komitmen berterusan SPR dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dan memperkasakan tadbir urus pilihan raya melalui perkongsian pengalaman dan amalan tatakelola terbaik menerusi pemerhatian ke atas pelaksanaan PRU di negara lain.
"Program ini juga mencerminkan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia dan SPR sebagai sebuah institusi pengurusan pilihan raya yang berwibawa.
"SPR percaya interaksi dan dialog bersama badan pengurusan pilihan raya negara lain akan terus menyumbang kepada usaha penambahbaikan berterusan kepada pelaksanaan pilihan raya di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun akan mengetuai delegasi ke Bangladesh manakala wakil pengurusan SPR akan ke Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#SPR
#pemerhati
#Pilihanraya Thailand
#pilihan raya Bangladesh
#Khairul Shahril Idrus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan