Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pada masa akan datang, ia akan dapat mengumumkan keputusan pilihan raya dengan lebih pantas berbanding sebelum ini, selepas ia melalui proses reformasi dan pengenalan pelbagai inisiatif baru, kata pengerusinya Azhar Azizan Harun.
Beliau memberi contoh sebuah portal berita yang dapat mengeluarkan keputusan pilihan raya dengan lebih pantas kerana ia berdasarkan kepada borang 14, yakni borang yang menyenaraikan butir-butir data berkaitan pengundian, tetapi masih belum disahkan.
"Antara inisiatif yang kita fikirkan ialah apabila sudah ada borang 14 yang belum disahkan, kita akan siarkan data itu tapi ia bukan keputusan, cuma data dari borang 14 yang belum muktamad.
"(Portal) pun dapat data tu dari ejen serupa sahaja. Kenapa kita tak buat, kita pun (ikut) buatlah," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program sidang meja bulat 'Electoral Reform of Malaysia' di Parlimen .
Sementara itu Azhar berkata SPR sedia maklum dengan pelbagai kelemahan agensi itu dalam pilihan raya lepas, sekaligus memberi jaminan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada dapat dilaksanakan sebelum pilihan raya yang seterusnya diadakan.
Beliau berkata proses reformasi SPR dibahagikan kepada empat kategori.
"Pertama reformasi itu boleh buat sekarang tanpa perubahan kepada apa-apa undang-undang atau peraturan. Jadi kita akan buat itu dulu.
"Kedua reformasi yang memerlukan pindaan peraturan. Dalam undang-undang saya boleh pinda peraturan, jadi itu juga tidak menjadi masalah. Contoh perkara macam hari penamaan calon dan keperluan pas nak masuk (ke kawasan penamaan seperti insiden di) Rantau," katanya.
Beliau berkata kategori yang ketiga pula memerlukan pindaan undang-undang dan dibawa ke Parlimen seterusnya memerlukan majoriti mudah, tetapi perlu dilaksana semasa menggubal atau meminda undang-undang.
Katanya kategori keempat paling sukar kerana memerlukan pindaan perlembagaan dan memerlukan majoriti 2/3 sokongan dalam kalangan anggota Parlimen dan akan mengambil masa yang lama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 02 2018
Azhar berkata SPR sedia maklum dengan pelbagai kelemahan agensi itu dalam pilihan raya lepas.
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.
Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker
Johari bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan.
Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Azhar sah kosongkan kerusi Speaker
Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil Ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat.
PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar
Dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok (21 November) sebelum pukul 2 petang.
Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun
Pengalaman tiga dekad sebagai peguam memudahkan beliau menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Azhar tidak hasrat tanding PRU15
Penyandang Speaker Dewan Rakyat menegaskan, tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.
Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang sebelum ini dijadual bersidang selama 32 hari, dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen.
Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan
Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.