HULU SELANGOR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 188 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata sebanyak 178 kertas undi pos bagi Kategori 1A dikeluarkan bagi petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media.
"Sebanyak lapan undi pos bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); satu bagi Kategori 1C (agensi dan organisasi) serta satu bagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara (PTH), katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
"SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) dan segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum jam 5 petang, 11 Mei ini (Sabtu)," katanya.
Ikmalrudin turut mengingatkan pengundi agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.
PRK itu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao sebagai calon Pakatan Harapan, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
SPR menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada 7 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
PRK Jepak: SPR keluarkan 73 kertas undi pos, tiada undi awal
SPR mengeluarkan sebanyak 73 kertas undi pos kepada pemilih berdaftar yang layak termasuk anggota polis, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada 4 Nov ini.
PRU15: Polis tahan dua lelaki sebar kertas undi pos
Polis menahan dua lelaki di Gua Musang bagi membantu siasatan berhubung penyebaran paparan kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menerusi aplikasi WhatsApp.
PRN Johor: SPR keluarkan lebih 36,000 kertas undi pos
Pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan petugas pilihan raya di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak Selasa hingga semalam.
PRN Sarawak: 17,885 kertas undi pos dikeluarkan
Pengeluaran kertas undi pos pada 8 hingga 10 Disember itu dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di semua 82 kawasan DUN.