Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berhubung isu SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dana berjumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

SPRM dalam satu kenyataan berkata pertemuan itu berlangsung selama dua setengah jam dan Perdana Menteri telah memberi kerjasama yang baik kepada agensi tersebut.

SPRM turut memberitahu ia akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa.



Pada 12 Nov lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.

Beliau sebelum ini berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemu bual Najib

Minggu lepas, SPRM telah ambil kenyataan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan pengarah SRC Datuk Suboh Md Yassin.

SRC merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.