Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan beberapa akaun bank bernilai RM4 juta milik seorang Menteri Muda Sarawak bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan SPRM Sarawak hari ini, berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya mendapat aduan mengenai penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan sebuah bangunan milik kerajaan negeri.
"SPRM menerima satu aduan berhubung dakwaan berlakunya perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan 16 tingkat Baitul Makmur II bernilai RM250 juta.
"Bagi menyiasat dakwaan ini, keterangan seorang anggota pentadbiran yang merupakan Menteri Muda Sarawak telah diambil," menurut kenyataan itu.
Mohamad Jamidan berkata selain Menteri Muda berkenaan, turut diambil kenyataan ialah seorang ahli perniagaan berusia 50-an yang merupakan pengarah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan milik kerajaan negeri itu.
Selain mereka berdua, beliau berkata beberapa pihak lain juga akan dipanggil bagi memberi keterangan.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Mohamad Jamidan berkata 30 lagi akaun syarikat dan individu termasuk seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah dibekukan pada hari kedua operasi bersepadu 'Ops Gergaji', hari ini.
Beliau berkata sebuah lagi lokasi pembalakan di Bakun diserbu hari ini dan 10 individu dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan.
"Mereka yang diambil keterangan ini terdiri daripada pemilik kilang papan dan penyelia kilang. 30 akaun yang dibekukan ini menjadikan jumlah akaun dibekukan setakat hari ini ialah RM600 juta.
"Selain membekukan akaun, SPRM turut menyita hampir 600 batang kayu balak di kawasan Bakun hari ini, menjadikan keseluruhan hampir 1,200 batang kayu balak disita sejak semalam," katanya.
Mohamad Jamidan berkata siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Ops Gergaji dilancarkan semalam yang menyaksikan SPRM membekukan 375 akaun syarikat serta individu bernilai lebih RM560 juta, di samping menyita lebih 500 batang kayu balak selepas menyerbu 27 kilang papan dan kolam balak serta 21 premis perniagaan di negeri ini.
Bernama
Wed May 13 2015
Tindakan itu diambil selepas pihak SPRM mendapat aduan mengenai penyalahgunaan kuasa.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
SPRM beku akaun Menteri Muda Sarawak bernilai RM4 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan beberapa akaun bank bernilai RM4 juta milik seorang Menteri Muda Sarawak bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.