awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pengerusi, setiausaha persatuan kuil direman kes seleweng duit
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH Wanita 2: Impian Malaysia ke separuh akhir lebur
GADGETS
Facebook jenamakan semula tab video sebagai Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

SPRM bongkar penyelewengan dana RM26 juta NGO bertopeng misi kemanusiaan

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
16/06/2025
05:30 MYT
SPRM bongkar penyelewengan dana RM26 juta NGO bertopeng misi kemanusiaan
Serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Selangor, Melaka dan Pulau Pinang bermula Khamis lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan penyelewengan dana kira-kira RM26 juta milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai.

Ringkasan AI
  • SPRM membongkar penyelewengan dana kira-kira RM26 juta oleh sebuah NGO hasil sumbangan orang ramai, melibatkan lima suspek termasuk pengerusi dan pegawai kewangan.
  • Dana diseleweng melalui pemindahan ke akaun peribadi dan digunakan untuk pembelian aset mewah serta mata wang kripto, dipercayai berlaku sejak tahun 2015.
  • SPRM menyita aset bernilai lebih RM8 juta dan membekukan 14 akaun bank, serta menyiasat kes mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Berdasarkan sumber, kegiatan menyeleweng dana itu terbongkar susulan tangkapan lima suspek termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan NGO itu menerusi Op Serantau yang dijalankan SPRM Selangor.
Sumber berkata, serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Selangor, Melaka dan Pulau Pinang bermula Khamis lalu.
"Lima suspek terbabit kini direman tujuh hari iaitu empat daripadanya direman sehingga Rabu dan seorang lagi sehingga Khamis ini.
"Modus operandi untuk menyeleweng dana ini hampir sama seperti yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan yang aktif mengutif derma untuk Palestin sebelum ini, apabila mereka memindahkan wang ke dalam akaun peribadi, selain menggunakan wang itu bagi membeli barang kemas, kereta, tanah dan rumah termasuk membeli mata wang kripto.
"Mereka juga dipercayai memindahkan dana pertubuhan ke akaun peribadi bagi memberi pinjaman kepada kakitangan pertubuhan terbabit, selain menggelapkan wang lebihan projek pembinaan telaga bagi misi kemanusiaan di Syria untuk kegunaan sendiri," katanya.
Katanya, kegiatan menyeleweng dana hasil sumbangan orang ramai itu dipercayai berlaku sejak 2015 hingga sekarang.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penangkapan itu.
Beliau berkata, SPRM sudah menyita pelbagai aset berjumlah lebih RM8 juta iaitu wang tunai lebih RM1 juta, barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000, akaun kripto bernilai kira-kira RM650,000 dan empat unit rumah dianggarkan bernilai lebih RM1.4 juta dalam operasi berkenaan.
"SPRM juga sudah membekukan 14 akaun perbankan membabitkan jumlah hampir RM5 juta bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Topic Berkaitan
#SPRM
#NGO
#penyelewengan dana
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami