awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM cadang wujud SOP khusus berkaitan penguatkuasaan, pengeluaran nadir bumi

Bernama
Bernama
25/10/2024
06:10 MYT
SPRM cadang wujud SOP khusus berkaitan penguatkuasaan, pengeluaran nadir bumi
Azam menekankan pentingnya SOP untuk memastikan perlombongan dilakukan dengan kebenaran dan mengelakkan salah guna. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dan Persekutuan mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang khusus berhubung penguatkuasaan serta pengeluaran hasil nadir bumi (REE).

Ringkasan AI
  • SPRM mencadangkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan mewujudkan SOP khusus untuk penguatkuasaan dan pengeluaran hasil nadir bumi (REE) bagi mengelakkan penyelewengan dan perlombongan haram.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menekankan pentingnya SOP untuk memastikan perlombongan dilakukan dengan kebenaran dan mengelakkan salah guna.
  • Azam berkata kementerian mempunyai kelulusan tersendiri manakala Kerajaan Negeri mempunyai hak pemilikan terhadap mineral tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata cadangan tersebut adalah hasil siasatan SPRM berkaitan REE yang mendapati tiada SOP khusus bagi pengeluaran mineral dalam tanah, yang mungkin boleh membawa kepada penyelewengan dan perlombongan haram.
"Saya ambil contoh mengenai pengeluaran bauksit. Dahulu, bauksit tidak mempunyai SOP, kemudian barulah ada SOP khas untuk pengeluaran lesen perlombongan tersebut.
"SOP ini penting kerana, jika tiada, sesiapa sahaja boleh melombong tanpa kebenaran, yang akhirnya akan membawa kepada perbuatan mencuri, salah guna, dan sebagainya.
"Jadi, perlu ada SOP yang jelas dan mungkin melibatkan penilaian impak alam sekitar (EIA). Ini penting kerana mungkin esok kita akan menemui mineral baharu selain emas, bijih timah, bauksit, dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) 2024 di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Mengulas mengenai peranan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam mewujudkan SOP REE ini, Azam berkata kementerian mempunyai kelulusan tersendiri manakala Kerajaan Negeri mempunyai hak pemilikan terhadap mineral tersebut.
"Namun, dalam pengeluaran nadir bumi, perkara seperti percukaian, Kastam, dan hal-hal berkaitan perlu dibincangkan bersama," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Azam mendedahkan bahawa kelemahan dalam pemantauan serta ketiadaan SOP berkaitan penguatkuasaan berhubung REE adalah punca berlakunya penyelewengan hasil nadir bumi, seperti yang berlaku pada tahun lepas.
Mengulas lanjut, Azam menekankan kepentingan bagi setiap organisasi untuk mengkaji dan menambah baik amalan, sistem, dan prosedur sedia ada bagi menutup ruang kepada gejala rasuah.
Pada majlis tersebut, Majlis Sukan Politeknik Malaysia dan Pejabat Tanah dan Galian Kedah diumumkan sebagai penerima anugerah APTA pada tahun ini.
APTA merupakan penghargaan khas kepada agensi awam dan swasta yang telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam melaksanakan kesemua syor penambahbaikan tatakelola oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) dan Unit Penyiasatan Tatakelola (UPT) SPRM Negeri selaras dengan peruntukan Seksyen 7 (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#nadir bumi
#REE
#Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan