awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM kesan dua individu bantu siasatan kes salah guna cap sempadan

Bernama
Bernama
01/12/2020
10:14 MYT
SPRM kesan dua individu bantu siasatan kes salah guna cap sempadan
Op Selat merupakan operasi SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen bagi membanteras sindiket rasuah pemalsuan cap melintasi sempadan negara. -Gambar fail
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata lelaki yang sedang dicari ialah Chiong Ah Kaw @ Cheong Leong Kim, 75, yang mempunyai alamat terakhir di No.22, Pangsapuri Seri Mesra, Jalan Bahagia 29, Taman Seri Bahagia, 56000 Kuala Lumpur.
Manakala, wanita yang ingin dikesan pula ialah Li Quin yang merupakan warga China berusia lingkungan 30-an dan pemegang pasport antarabangsa E32395179 serta pas lawatan sosial.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat iaitu Penolong Penguasa, Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.
Sebelum ini dilaporkan 65 individu terdiri daripada 39 pegawai Jabatan Imigresen, 17 ejen dan sembilan orang awam ditahan menerusi Op Selat, berkaitan kes pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.
Op Selat merupakan operasi yang digerakkan SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen bagi membanteras sindiket rasuah dalam pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#sindiket
#Rasuah
#penyalahgunaan
#pengesahan
#CAP
#keluar dan masuk
#sempadan
#negara
#Malaysia
#Chiong Ah Kaw
#Cheong Leong Kim
#Li Quin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan