NATIONAL
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain

Ahmad Khusairi tidak menolak kemungkinan wujudnya sindiket beroperasi di pintu masuk lain.- Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
Ringkasan AI
- SPRM giat menjalankan risikan untuk mengesan sindiket lain yang mungkin terlibat dalam penyeludupan rokok elektronik (vape).
- Operasi Ops Airways berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape di Pusat Kargo KLIA dengan menahan 14 individu, termasuk enam pegawai kastam.
- Sindiket penyeludupan vape mengakibatkan negara kerugian cukai dianggarkan RM8 juta, dan pegawai kastam yang terlibat kini berada dalam radar SPRM.
"Bahagian perisikan sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti semua suspek yang terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Baru-baru ini, SPRM berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape di Pusat Kargo KLIA, selepas menahan 14 individu termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan berkenaan.
Sindiket itu dibongkar menerusi Op Airways yang menyaksikan semua suspek lelaki berusia 20 hingga 60-an itu ditahan dalam serbuan di sekitar KLIA dan Putrajaya, mengakibatkan negara mengalami kerugian dari segi kutipan cukai yang dianggarkan RM8 juta.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami