awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM panggil semula individu terbabit video skandal rasuah ADUN Sabah

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2025
10:13 MYT
SPRM panggil semula individu terbabit video skandal rasuah ADUN Sabah
Menurut Azam, arahan itu susulan laporan forensik rakaman video skandal rasuah membabitkan ADUN Sabah yang tular di laman media sosial tahun lalu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula semua individu yang didakwa terbabit dalam dakwaan skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata arahan itu susulan laporan forensik rakaman video skandal rasuah membabitkan ADUN Sabah yang tular di laman media sosial tahun lalu.
"Laporan forensik (rakaman video tular) sudah siap dan diserahkan kepada pegawai penyiasat, laporan terbabit diserahkan kepada pegawai penyiasat sejak seminggu lalu.
"Arahan saya adalah pegawai penyiasat perlu memanggil semula semua mereka yang dikatakan terbabit sama ada dalam video itu, yang memegang video itu dan sebagainya untuk dirakamkan percakapan bagi menentusahkan isu atau kandungan dalam video berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya tentang kesahihan kandungan video tersebut.
Tahun lalu, skandal perlombongan didakwa dilaporkan selepas beberapa siri video yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah dibocorkan.
Video tersebut didakwa menggambarkan perbincangan membabitkan rasuah dan salah laku berkaitan projek carigali mineral di Sabah.
Pada Februari lalu, Azam memaklumkan kandungan awal video tersebut tidak mempunyai kredibiliti kerana ia banyak disunting.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#laporan forensik video tular Sabah
#ADUN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan