PUTRAJAYA:Gaji minimum seorang kakitangan kerajaan Gred KP19 ialah sebanyak RM1,360 manakala pendapatan maksimum sehingga RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun tidak memungkinkan seseorang itu memandu kenderaan mewah.
Apa lagi kereta berjenama Roll Royce Phantom, Mustang dan Range Rover serta Audi yang dimiliki anggota yang berjawatan di gred berkenaan tentu sekali mengundang tanda tanya ramai.
Bertitik tolak pada keraguan itu, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, pemilikan kenderaan-kenderaan tersebut oleh seorang kakitangan Jabatan Imigresen membawa kepada tumpasan sindiket pemalsuan cap sempadan.
Anggota berkenaan kini ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurut sumber, siasatan SPRM dalam OP SELAT mendapati sindiket membelanjakan jutaan ringgit bagi menyogok pegawai dan anggota Jabatan Imigresen sejak beberapa tahun.
"Apa yang mengejutkan ialah bagaimana seorang anggota imigresen Gred KP 19 mampu memiliki empat buah kereta mewah iaitu Roll Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi.
“Kereta-kereta ini didaftarkan atas nama dua warga China yang dipercayai ejen pekerja asing China yang beroperasi di Malaysia dan dua ejen lelaki tempatan,” kata sumber itu.
Sumber berkenaan juga berkata, SPRM telah mengenal pasti identiti keempat-empat warga China itu dan rakyat tempatan yang terbabit serta sedang mengesan kesemua mereka.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Setakat ini, seramai 50 orang telah ditahan dalam OP SELAT dan 28 daripada mereka merupakan pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.
SPRM turut meampas wang tunai berjumlah lebih RM800,000, 26 buah kereta mewah dan empat buah motosikal berkuasa tinggi telah dirampas.
Rampasan juga tidak termasuk nilai rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya.
Fareez Azman
Fri Nov 20 2020

Empat buah kenderaan mewah jenis Roll Royce Phantom, Mustang, Audi dan Range Rover dirampas SPRM dipercayai milik salah seorang kakitangan imigresen yang ditahan. - Gambar SPRM

55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi gentian optik - Fahmi Fadzil
Sebanyak 55 buah sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi dengan kemudahan gentian optik PoP yang dapat memperluaskan jaringan liputan infrastruktur jalur lebar sekolah terlibat serta kawasan sekitar.

Siapa pegang kunci Kaabah?
Kunci Kaabah dibuat daripada nikel, disalut dengan emas 18 karat sementara panjangnya pula 35 sentimeter.

'Love Scam' antara kes tertinggi dengan nilai kerugian lebih RM365 juta
Penipuan 'Love Scam' merupakan antara kes jenayah tertinggi direkodkan dalam tempoh 2018 hingga bulan Februari lepas, dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM365 juta.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN - Saifuddin
Keputusan BN menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam PRN adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

AWANI Ringkas: Lanjutan pelepasan cukai SSPN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isi rumah penyumbang utama sisa makanan Malaysia
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata isi rumah Malaysia merupakan penyumbang utama sisa makanan dalam negara iaitu sebanyak 38 peratus. Hal ini kerana kurangnya perancangan berkaitan penyediaan makanan dan pengurusan sisa makanan tersebut.

Makanan dibuang rakyat Malaysia boleh penuhi Menara Berkembar Petronas
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata dalam masa dua minggu rakyat Malaysia membuang sisa makanan yang boleh memenuhi ruang dalam Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, tegasnya memastikan pembaziran ini dihentikan adalah tanggungjawab semua pihak.

Peniaga perlu nilai jumlah sisa harian, rancang hari berikutnya
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata peniaga perlu menilai jumlah sisa makanan dan bukan makanan yang dihasilkan pada satu-satu hari. Seterusnya, mereka perlu merancang kuantiti bahan dihasilkan pada hari lain dengan menyesuaikan kepada permintaan pengguna.

55 peratus paip pecah berusia 30 tahun - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata berdasarkan statistik penyedia perkhidmatan air itu 55 peratus insiden paip pecah melibatkan paip berusia sekitar 30 tahun. Air Selangor memiliki jajaran paip sepanjang lebih kurang 30,000 kilometer yang digunakan sejak 1960-an, dan proses menggantikan paip usang ini giat dijalankan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini mengumumkan penyambungan semula rangkaian antarabangsanya dengan mengalu-alukan penerbangan pertama yang tiba dari Guangzhou melalui AirAsia.

Tommy Thomas dakwa Najib selepas terima kertas siasatan lengkap, tiada niat jahat - Mahkamah
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Tommy Thomas tidak sewenang-wenangnya mendakwa Najib dengan niat jahat tetapi hanya selepas menerima kertas siasatan yang lengkap daripada agensi penyiasat.

Kerajaan hormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan
Kerajaan mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan serta pertimbangan Ketua Hakim Negara berhubung siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

SPRM nafi dua pegawai kanan dalang rasuah korporat
Kedua-dua pegawai tersebut telah dipanggil untuk memberikan penjelasan dan mereka seterusnya membuat laporan polis untuk menyangkal tohmahan tersebut.

SPRM N.Sembilan kesan lelaki bantu siasatan kes
SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki berkenaan dikenali sebagai P. Devendran, 36, yang beralamat terakhir di No. 66B, Kampung Pasir Rasah, di sini.

PM arah AGC kaji semula cadangan wujudkan badan bebas siasat agensi penguatkuasaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat perkara itu tidak begitu sukar untuk dilaksana kerana sudah ada cadangan awal daripada beberapa pihak.

Syor letak SPRM di bawah Parlimen dibangkit di Dewan Rakyat hari ini
Mas Ermieyati minta Perdana Menteri nyatakan kesediaan kerajaan melaksanakan syor TI-M supaya SPRM diletakkan di bawah Parlimen.

Korupsi dalam kalangan anggota penguat kuasa semakin kronik, membimbangkan - SPRM
Kebanjiran PATI, pekerja dan pelajar asing di negara ini dilihat sebagai peluang besar kepada segelintir penguat kuasa yang tidak berintegriti.
![[KOLUMNIS] PATI lubuk emas penguat kuasa [KOLUMNIS] PATI lubuk emas penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61656801822_PATI.jpg)
[KOLUMNIS] PATI lubuk emas penguat kuasa
Isu kebanjiran pendatang asing di negara ini tidak boleh dilihat sebagai perkara remeh.

JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin FIlipina melalui jalan udara
JPN dengan kerjasama SPRM berjaya membanteras sindiket yang menyeludup pendatang tanpa izin warga Filipina melalui jalan udara dari Sabah ke Semenanjung, menerusi Ops Lancar.

Sembilan termasuk lima pegawai penguat kuasa ditahan seludup migran
Sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa, ditahan dalam operasi khas SPRM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam 'Op Lancar'.