awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan sasar memvaksin lebih 45 juta kanak-kanak dalam kempen anti-polio pertama 2026
Pope Leo XIV tegaskan hak orang awam Palestin untuk hidup aman
Angkasawan NASA tinggalkan ISS Rabu susulan isu kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM reman dua pegawai STAGG

Bernama
Bernama
02/06/2018
04:08 MYT
SPRM reman dua pegawai STAGG
Penahanan kedua-dua pegawai itu turut membawa kepada rampasan beberapa kereta mewah dan sejumlah wang tunai di sebuah kondominium. - Gambar hiasan
Dua pegawai Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama wang tunai secara keseluruhannya kira-kira RM1.5 juta, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan tangkapan tersebut.
Beliau berkata dua pegawai kanan polis itu direman empat hari mulai semalam hingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.
Dalam serbuan kira-kira 1 petang itu, dua pegawai itu ditahan di sebuah kedai membaiki kereta di Subang Jaya bersama wang tunai, RM341,000.
BACA: SPRM tahan dua pegawai polis, lebih RM1 juta ditemui
Menurut sumber, penahanan kedua-dua pegawai yang masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan itu turut membawa kepada rampasan beberapa kereta mewah serta sejumlah wang tunai di sebuah kondominium milik seorang suspek dan di pejabat STAGG di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Bukit Aman
#kereta mewah
#kondominium
#pegawai kanan
#polis
#rampasan
#Rasuah
#reman
#siasatan
#SPRM
#STAGG
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan