awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Sarawak sasar vaksin 45,567 anjing menerusi program di seluruh negeri
Kod Tatalaku Laut China Selatan bukan instrumen selesai pertindihan kawasan - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sasar kerjasama lebih teratur dengan wartawan jenayah menerusi CiJA

Bernama
Bernama
06/12/2025
07:30 MYT
SPRM sasar kerjasama lebih teratur dengan wartawan jenayah menerusi CiJA
Safeek (lima dari kiri) dilantik sebagai Presiden CiJA bergambar bersama kepimpinan baharu persatuan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Penubuhan Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) mampu membuka ruang kerjasama lebih tersusun antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pengamal media meja jenayah, kata Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Hisyam Mohd Yusoff.
Beliau berkata SPRM melihat CiJA sebagai pemangkin meningkatkan ketepatan pelaporan, selain memastikan sensitiviti operasi terpelihara kerana wartawan meja jenayah merupakan kumpulan yang paling banyak melaporkan isu berkaitan pencegahan rasuah.
"Melalui kerjasama di platform ini penyampaian maklumat antirasuah dapat dilakukan dengan lebih tepat, pantas dan profesional.
"Pada masa sama CiJA boleh membantu agar mesej pencegahan rasuah, trend jenayah dan modus operandi semasa disampaikan kepada masyarakat secara lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi CiJA untuk mengulas kejayaan penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama CiJA yang berlangsung semalam.
Hisyam berkata SPRM turut terbuka memberikan latihan kepada wartawan meliputi aspek etika, undang-undang serta pemahaman Akta SPRM 2009 bagi memperkukuh profesionalisme wartawan jenayah.
Beliau dalam masa sama mengucapkan tahniah kepada kepimpinan CiJA yang baharu dilantik iaitu Safeek Affendy Razali (Berita Harian) sebagai Presiden, Hafidzul Hilmi (Harian Metro) dan Maszureen Hadzman (Utusan Malaysia) sebagai Timbalan Presiden 1 dan 2, manakala Farik Zolkepli (The Star) sebagai Bendahari dan Nuraina Hanis Abd Halim (Utusan Malaysia) sebagai Setiausaha.
CiJA turut menamakan tujuh ahli jawatankuasa termasuk Ketua Meja Jenayah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CiJA
#SPRM
#usaha pencegahan rasuah
#wartawan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan