awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sudah buat perbincangan tentang pengurusan dana politik - Mustafar

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
07/07/2015
08:05 MYT
SPRM sudah buat perbincangan tentang pengurusan dana politik - Mustafar
Pihak SPRM telah mengambil langkah-langkah dan rundingan khusus bagi memastikan dana politik diuruskan mengikut cara yang betul, kata Datuk Mustafar Ali. - Gambar Fail
Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil langkah-langkah dan rundingan khusus bagi memastikan dana politik diuruskan mengikut cara yang betul.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali menyatakan demikian kepada sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Integriti dan Pencegahan Rasuah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) di sini hari ini.
"Dalam langkah-langkah pencegahan tentunya pelbagai strategi dan inisiatif telah dibuat, malah dalam SPRM sendiri pun perkara ini telah dibincangkan," ujar beliau.
Tambah Mustafar, beberapa cadangan untuk mengurus selia perkara tersebut juga telah diketengahkan kepada kerajaan namun enggan mengulas lanjut.
"Perbincangan turut dijalankan melibatkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan beberapa agensi yang berkaitan tentang langkah terbaik bagi memastikan dana politik disalurkan mengikut mekanisme yang betul," ujar beliau yang enggan mengulas lanjut mengenainya.
Dalam hal berkaitan, apabila ditanyakan tentang kes syarikat yang telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) tetapi masih terlibat dalam dakwaan penyelewengan dan rasuah, Mustafar memberitahu penguatkuasaannya perlu dilakukan oleh syarikat itu sendiri.
"Bukan SPRM yg kuatkuasakan. Setiap syarikat perlu ada pemantauan sendiri berdasarkan pematuhan prinsip-prinsip CIP yang telah digariskan.
"CIP ini adalah inisiatif yang hadir secara sukarela dalam syarikat. Begitupun SPRM akan membantu dari aspek khidmat nasihat," kata beliau.
Topic Berkaitan
#Datuk Mustafar Ali
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan