awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan Datuk Bandar kerana rasuah

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
10/08/2021
13:15 MYT
SPRM tahan Datuk Bandar kerana rasuah
Suspek lelaki berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang di Pejabat SPRM Johor. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa, bagi membantu siasatan berhubung kesalahan rasuah.
Jurucakap SPRM dalam satu kenyataan, berkata suspek lelaki berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang di Pejabat SPRM Johor.
Katanya, siasatan mendapati suspek dipercayai menerima rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kendalian PBT tempatnya bertugas sebelum ini.
Katanya lagi, suspek merupakan bekas pegawai kanan di sebuah PBT lain sebelum ditukarkan ke PBT tempatnya bertugas ketika ini.
"Nilai rasuah yang diterima masih dalam siasatan SPRM.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun," katanya.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Datuk Bandar
#Johor
#pegawai kanan pbt
#majlis bandaraya
#Majlis Perbandaran
#Johor Bahru
#Iskandar Puteri
#daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan