awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan dua lagi individu berhubung siasatan kes tanah Ijok

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2018
11:57 MYT
SPRM tahan dua lagi individu berhubung siasatan kes tanah Ijok
Kedua-dua lelaki berusia 75 dan 66 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. - Astro AWANI/Fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan dua individu daripada Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok Selangor selepas dipercayai menerima wang rasuah melibatkan Jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cerakah.
Kedua-dua lelaki berusia 75 dan 66 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Menurut sumber, mereka disyaki menerima suapan daripada syarikat perunding pampasan sebagai balasan untuk tidak melindungi kepentingan peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok.
Difahamkan, kedua-dua mereka telah menerima wang berjumlah antara RM70,000 hingga RM150,000 daripada syarikat perunding berkenaan bagi melakukan perkara tersebut.
Sebelum ini, seramai tujuh individu termasuk tiga lelaki bergelar Datuk telah direman bagi membantu siasatan SPRM membabitkan kes berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(A) Akta SPRM 2009.
BACA: Peneroka Ijok beri keterangan kepada SPRM
BACA: Isu jual tanah Ijok, dua 'Datuk' antara enam ditahan SPRM
BACA: Kerajaan Selangor telah serah dokumen kepada SPRM - Azmin
Topic Berkaitan
#bukit cerakah
#Rasuah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#tanah Ijok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan