awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang

Bernama
Bernama
03/07/2024
21:30 MYT
SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang
Dua pengarah syarikat subkontraktor dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu untuk perintah tahanan reman kerana dipercayai terlibat rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu iaitu dua pengarah syarikat subkontraktor kerana dipercayai terlibat rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.
Sumber SPRM memaklumkan pengarah lelaki dan wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan antara 5 petang hingga 7 malam Selasa ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Beliau berkata mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi semalam dan perintah tahanan reman selama lima hari hingga 7 Julai ini telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
"Kedua-dua suspek merupakan pengarah dari syarikat yang sama disyaki memberi rasuah kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain," katanya kepada Bernama semalam.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
SPRM tahan reman dua pengarah babitkan rasuah projek lebuh raya
Pada Selasa, Bernama melaporkan SPRM menahan reman dua lagi individu iaitu pengerusi sebuah syarikat dan pengarah syarikat subkontraktor bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung projek itu.
Setakat semalam, SPRM telah menahan reman seramai 14 individu berhubung kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#projek lebuh raya
#Mahkamah Majistret Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan