awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pegawai kanan polis terlibat pengubahan wang haram

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2019
07:35 MYT
SPRM tahan pegawai kanan polis terlibat pengubahan wang haram
Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang di Pejabat SPRM Melaka ketika hadir untuk memberi keterangan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM17,000.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang di Pejabat SPRM Melaka ketika hadir untuk memberi keterangan.
Katanya, pada Februari sehingga Mei 2017, pegawai kanan polis tersebut dipercayai menerima wang berjumlah RM17,000 hasil aktiviti haram membabitkan kegiatan perjudian di sekitar negeri Melaka.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan polis tersebut.
Katanya pegawai kanan polis tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi esok mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Topic Berkaitan
#AMLATFPUAA
#Asisten Superintendan
#Azam Baki
#pegawai kanan polis
#pengubahan wang haram
#SPRM tahan pegawai kanan polis
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan