awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta

Khalis Khadir
Khalis Khadir
17/11/2024
10:45 MYT
SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada Sabtu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
Perintah reman selama empat hari sehingga 20 November ini dikeluarkan Pendaftar, Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an ditahan kira-kira jam 7 malam pada Sabtu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan itu sejak 2019 sehingga ke tahun ini.
"Penahanan suspek adalah susulan tangkapan membabitkan seorang bekas pengurus kanan kejuruteraan sebuah syarikat pengeluaran barang keperluan asas berkaitan tuntutan palsu dan penipuan kira-kira RM2 juta pada Rabu minggu lalu.
"Suspek yang merupakan pengurus sebuah syarikat pembaikan mesin di sebuah kilang pengeluaran barang keperluan asas disyaki telah mengemukakan tuntutan palsu syarikat beliau bagi menjalankan kerja pembaikan serta memberi rasuah kepada kakitangan syarikat yang meluluskan tuntutan palsu," katanya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi memaklumkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#tuntutan palsu
#pemilik syarikat
#Tahanan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan