awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pengarah agensi penguat kuasa disyaki lindungi sindiket seludup minyak diesel bersubsidi

Bernama
Bernama
27/08/2024
15:21 MYT
SPRM tahan pengarah agensi penguat kuasa disyaki lindungi sindiket seludup minyak diesel bersubsidi
Lelaki itu ditahan petang tadi bagi dirakam keterangan di Pejabat SPRM Sarawak dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM berserta seorang penjamin.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah agensi penguatkuasaan di Kuching, Sarawak kerana disyaki menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Sibu.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan petang tadi bagi dirakam keterangannya di Pejabat SPRM Sarawak dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM berserta seorang penjamin.
"Lelaki itu dipercayai telah menerima suapan daripada sindiket berkenaan sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan dan undang-undang terhadap kegiatan penyeludupan minyak diesel di Sibu.
"Tangkapan ke atas suspek ini adalah susulan serbuan dilakukan Bahagian Operasi Khas SPRM menerusi Op Liter di sebuah depoh simpanan minyak di Sungai Bidut, Sibu pada Ahad lepas," menurut sumber.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.
Terdahulu, sumber SPRM memaklumkan seorang pembantu penguat kuasa sebuah agensi penguatkuasaan ditahan di Kuching berhubung kes sama dan lelaki berusia 40-an itu direman enam hari hingga 2 Sept ini.
Individu itu ditahan di Pejabat SPRM Sarawak pada 3.25 petang semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pengarah agensi pengiuat kuasa
#Rasuah
#sindiket
#seludup
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan