KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu hari ini menahan seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan kerana disyaki mengemukakan permohonan bantuan persekolahan tidak wujud bernilai RM5,000.
Menurut sumber, permohonan dengan butir matan palsu terhadap sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Terengganu dibuat suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu melibatkan program 'Back To School' kononnya untuk diagihkan kepada 100 pelajar asnaf yang disenaraikan.
"Bagaimanapun, bantuan berkenaan didakwa tidak pernah diterima senarai penerima bantuan tersebut malah program 'Back To School' itu juga tidak pernah diadakan.
"Suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan," menurut sumber.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok untuk pertuduhan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut yang dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
SPRM Terengganu menahan seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan kerana disyaki mengemukakan permohonan bantuan persekolahan tidak wujud bernilai RM5,000.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
Tuntutan palsu lebih RM1.3 juta, guru besar direman enam hari
Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan mengeluarkan perintah reman terhadap guru besar berusia 46 tahun itu sehingga Isnin depan.
SPRM tahan pengerusi pertubuhan kebajikan kemuka permohonan palsu
SPRM Terengganu menahan seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan kerana disyaki mengemukakan permohonan bantuan persekolahan tidak wujud bernilai RM5,000.
Kes rasuah libatkan penjawat awam di Terengganu terkawal
Menerusi siasatan yang dijalankan, terdapat pengurangan kes, khususnya melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perhutanan.
Enam penjawat awam antara 10 individu ditahan SPRM Terengganu tahun ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu telah menahan 10 individu termasuk enam penjawat awam dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.