awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan penguat kuasa minta habuan seks

Bernama
Bernama
10/11/2023
06:36 MYT
SPRM  tahan penguat kuasa minta habuan seks
Suspek lingkungan 40-an dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi tujuan reman pagi ini.
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang anggota sebuah agensi penguat kuasa di negeri ini kerana disyaki meminta habuan dalam bentuk seks.
Menurut sumber, lelaki berkenaan yang ditahan malam tadi, dipercayai meminta habuan tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas seorang wanita kerana gagal melaporkan diri disebabkan kesalahan dadah.
Sumber berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika bersama wanita berusia dalam lingkungan 20-an dalam satu operasi khas di sebuah hotel di Johor Bahru kira-kira 7.30 malam tadi.
Sumber menambah wanita tersebut dipercayai gagal melaporkan diri secara bulanan kepada agensi penguat kuasa berkenaan dan bagi mengelakkan daripada diambil tindakan, lelaki berkenaan dipercayai telah meminta habuan seks.
"Wanita tersebut pernah ditahan kerana kesalahan dadah dan sedang menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun di sebuah agensi penguat kuasa di Johor Bahru," kata sumber berkenaan.
Susulan penahanan tersebut, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi tujuan reman pagi ini dan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Chai Ing Hien telah mengeluarkan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 13 Nov terhadap suspek.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rasuah seks
#SPRM
#anggota penguat kuasa
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan