awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pengurus besar lembaga pertubuhan di Terengganu lulus tuntutan palsu

Bernama
Bernama
15/01/2024
08:00 MYT
SPRM tahan pengurus besar lembaga pertubuhan di Terengganu lulus tuntutan palsu
Suspek yang berusia lingkungan awal 50-an telah ditahan di pejabatnya di Terengganu hari ini dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi mendapatkan permohonan reman. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus besar lembaga pertubuhan di Terengganu atas dakwaan menyalahgunakan jawatannya dengan meluluskan tuntutan bayaran bagi pembelian pukat dan racun serangga dengan beliau mempunyai kepentingan dalam urusan tersebut.
Sumber memaklumkan dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh SPRM Terengganu mendapati lelaki tersebut disyaki menggunakan isterinya dengan mengemukakan invois syarikat yang palsu dan melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2018 lagi.
Suspek yang berusia lingkungan awal 50-an telah ditahan di pejabatnya di Terengganu hari ini dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi mendapatkan permohonan reman.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan siasatan menyeluruh akan dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lembaga pertubuhan
#terengganu
#SPRM
#tuntutan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan