awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan penolong jurutera disyaki rasuah

Bernama
Bernama
03/07/2017
11:32 MYT
SPRM tahan penolong jurutera disyaki rasuah
Dalam serbuan di rumah lelaki itu, pasukan penyiasat itu menjumpai wang tunai berjumlah RM32,000 yang disembunyikan di dalam tin biskut dan merampas barang-barang kemas dan sebuah kereta Toyota Prado yang dianggar bernilai RM30,000. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang Penolong Jurutera Mekanikal di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri dekat Muar kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada kontraktor dan pembekal maktab tersebut.
Sumber memberitahu bahawa lelaki berumur 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Merlimau, Melaka pada kira-kira 6.30 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam tender kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di maktab berkenaan.
Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek disyaki meminta dan menerima wang suapan hampir RM700,000 daripada kontraktor sebagai upah mendapatkan kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di maktab itu bermula dari 2014 hingga tahun lepas.
Dalam serbuan di rumah lelaki itu, pasukan penyiasat itu menjumpai wang tunai berjumlah RM32,000 yang disembunyikan di dalam tin biskut dan merampas barang-barang kemas dan sebuah kereta Toyota Prado yang dianggar bernilai RM30,000.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM 2009.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata lelaki itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Segamat esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmi Alias
#Bakri
#Kontraktor
#Mahkamah Sesyen Segamat
#Maktab Teknik PDRM
#Merlimau
#Penolong Jurutera Mekanikal
#penyelewengan
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#tender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan