awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Wanita Palestin hadapi penderaan di penjara Israel - Pejabat media
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan seorang lagi individu disyaki terbabit rasuah projek lebuh raya

Bernama
Bernama
26/06/2024
10:44 MYT
SPRM tahan seorang lagi individu disyaki terbabit rasuah projek lebuh raya
SPRM menahan seorang lagi individu kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah melibatkan kerja-kerja menyiapkan pakej projek pembinaan lebuh raya bernilai lebih RM1 bilion di Lembah Klang. - Foto ihsan SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi individu kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah melibatkan kerja-kerja menyiapkan pakej projek pembinaan lebuh raya bernilai lebih RM1 bilion di Lembah Klang.
Sumber SPRM memaklumkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu direman tiga hari selepas pihaknya mendapat perintah reman yang dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
"Suspek meminta dan menerima rasuah daripada beberapa syarikat sebagai balasan kerana melantik syarikat-syarikat tersebut untuk mengambil alih kerja-kerja menyiapkan lebuh raya berkenaan yang sebelum ini dijalankan oleh satu syarikat lain," katanya.
Penahanan suspek adalah susulan tangkapan terhadap lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya oleh SPRM sebelum ini kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.
"Suspek kesembilan ini telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan kira-kira 7 malam tadi. Jumlah rasuah yang membabitkan kesemua suspek masih lagi dalam siasatan bagaimana pun pembinaan dua projek lebuh raya ini keseluruhannya berjumlah hampir RM11 bilion," katanya.
Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Tahan
#Rasuah
#projek lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan