awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan tiga Pegawai PAID Selangor

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2019
14:30 MYT
SPRM tahan tiga Pegawai PAID Selangor
Menurut sumber, ketiga-tiga pegawai PAID yang berusia antara 32 tahun hingga 37 tahun tersebut telah ditahan di Pejabat SPRM Negeri Selangor antara pukul 6.00 petang hingga pukul 6.10 petang.
Tiga Pegawai Penguatkuasa Agama Islam Daerah (PAID) di Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor pada Rabu bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah bernilai RM600.
Menurut sumber, ketiga-tiga pegawai PAID yang berusia antara 32 tahun hingga 37 tahun tersebut telah ditahan di Pejabat SPRM Negeri Selangor antara pukul 6 petang hingga 6.10 petang.
Jelas sumber, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berkenaan telah meminta dan menerima suapan sebanyak RM600 daripada orang awam sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan bagi kesalahan kes khalwat di daerah tersebut.
Tambah sumber, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Klang pagi esok (Khamis).
Kata sumber lagi, kesemua suspek tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Pegawai Penguatkuasa Agama Islam Daerah PAID
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan